Saturday, October 11, 2008

Antoo Fighter

Antoo Fighter



Pada 7 september yang lalu , saya telah menonton filem Antoo Fighter yang dinanti-nantikan kami.Antoo Fighter mengisahkan tentang Poh Jee ( Radhi O@G ) dan rakan - rakannya menentang sekumpulan jembalang yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.Saya telah melihat trailer filem ini sejak dari tahun lepas lagi.Melalui trailer ini , CGI dan animasi yang digunakan amat cantik dan agak gempak juga lah di Malaysia setakat ini.Tetapi , setelah selesai tayangan perasaan kecewa dan hampa mula timbul.Cerita yang saya nantikan sejak dari tahun lepas tidak lah sehebat CGI dan animasi yang digunakan.Setelah saya membuat survey , ramai yang tidak puas hati dengan jalan ceritanya.Jalan cerita filem ini terlalu meleret pada permulaannya.Ya memang betul , filem ini meleret.Filem ini sangat sesuai dibuat drama.Hehe.Baru lah nampak menarik sikit macam cerita Power Rangers dan sebagainya.Selain itu , aksi di dalam cerita ini juga kurang.aksi nya hanya nampak pada penghujung filem ini..haih..Walaubagaimanapun , pemilihan pelakon amat sesuai untuk filem ini.Pujian diberikan kepada Radhi O@G kerana berjaya membawa watak Poh Jee iaitu watak utama dalam filem ni yang tidak matang dan macam sengal² sket camtu..ahaha..Walaupun jalan cerita filem ini agak meleret , tetapi filem ini sungguh lawak sekali , memang tak pernah dibuat orang..ahaha..saya tidak mahu sentuh pasal CGI dan animasi yang digunakan..memang gempak..teraik la setakat ni kat Malaysia..
Saya bagi 2 n a half bintang daripada 5 bintang untuk filem ini...huhu..Tonton lah filem Antoo Fighter di pawagam pada bulan Disember ini..tu pon kalau nk tonton lah..btw..support our local acts.




No comments: